Wednesday, January 27, 2016

Peta Surah Kit Al-Fatihah

Apakah seronoknya Kit Al-Fatihah kepada ibu bapa yang mahu mengajar anaknya di rumah?
– Kit Al-Fatihah membantu selesaikan masalah anak yang tidak fokus dalam aktiviti menghafal. Sesetengah anak akan menunjukkan tingkah laku negatif apabila disuruh menghafal surah. Mereka tidak memberi kerjasama, liat mahu buat kerja dan tantrum apabila disuruh menghafal surah.
– Peta Surah membantu ibu bapa mendorong dan melatih anak supaya istiqamah dan fokus dalam tugas-tugasnya. Setiap kali sempurna aktiviti, ibu bapa memberikan cop atau stiker kepada anak. Mereka akan cop atau tampal sendiri stiker tersebut di peta surah.

– Pada masa yang sama, ia membantu memanjangkan tempoh fokus anak menghafal. Dengan kaedah aktiviti yang ringkas dan berperingkat, ibu bapa tidak perlu sentiasa memerhatikan aktiviti anak. Jadi, ibu bapa boleh buat kerja lain sementara anak menghafal surah.
Nota: Cop dan stiker tidak disediakan dalam Kit Al-Fatihah. Ibu bapa boleh membelinya di kedai-kedai buku dan alatulis.
Untuk pertanyaan & tempahan, hubungi Puan Nazrah di 0192297425.

Kelebihan Kit Huffaz Cilik


Apakah yang menjadikan Kit Huffaz Cilik istimewa?
1. Aktiviti hafazan yang menyeronokkan
2. Faham mesej Surah
3. Terjelma dalam tingkah laku mereka
Kit Huffaz Cilik membantu pelajar seronok menghafaz surah-surah lazim dengan aktiviti kraf, eksperimen dan latihan yang mendorong mereka istiqamah melengkapkan hafazan itu.
Dalam Huffaz Cilik, pelajar memahami mesej Surah melalui storytelling yang dipandukan dengan soalan-soalan aras tinggi yang dapat melatih mereka berfikir kreatif dengan mengaitkan mesej Surah tersebut dalam kehidupan harian mereka.
Dengan cara begini, mesej Surah lebih mudah meresap ke dalam jiwa dan akal mereka sehingga seterusnya dapat dilihat melalui tingkah lakunya.

Untuk pertanyaan & tempahan, hubungi Puan Nazrah di 0192297425.