Wednesday, January 27, 2016

Peta Surah Kit Al-Fatihah

Apakah seronoknya Kit Al-Fatihah kepada ibu bapa yang mahu mengajar anaknya di rumah?
– Kit Al-Fatihah membantu selesaikan masalah anak yang tidak fokus dalam aktiviti menghafal. Sesetengah anak akan menunjukkan tingkah laku negatif apabila disuruh menghafal surah. Mereka tidak memberi kerjasama, liat mahu buat kerja dan tantrum apabila disuruh menghafal surah.
– Peta Surah membantu ibu bapa mendorong dan melatih anak supaya istiqamah dan fokus dalam tugas-tugasnya. Setiap kali sempurna aktiviti, ibu bapa memberikan cop atau stiker kepada anak. Mereka akan cop atau tampal sendiri stiker tersebut di peta surah.

– Pada masa yang sama, ia membantu memanjangkan tempoh fokus anak menghafal. Dengan kaedah aktiviti yang ringkas dan berperingkat, ibu bapa tidak perlu sentiasa memerhatikan aktiviti anak. Jadi, ibu bapa boleh buat kerja lain sementara anak menghafal surah.
Nota: Cop dan stiker tidak disediakan dalam Kit Al-Fatihah. Ibu bapa boleh membelinya di kedai-kedai buku dan alatulis.
Untuk pertanyaan & tempahan, hubungi Puan Nazrah di 0192297425.

No comments:

Post a Comment